Kandungan Produk
KHALL merupakan istilah dalam Bahasa
Arab yang bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (
kurma ), epal, anggur, dan tin ( fig ) yang disimpan atau diperam dalam
jangka masa tertentu. Ia bertukar dalam beberapa bentuk seperti:
Khall Dates Cider yang dihasilkan oleh
MB Global Marketing ini diperbuat daripada buah tamar muda. Ia
merupakan satu bentuk minuman kesihatan badan yang dicampur dengan
habbatus sauda', kismis , madu dan minyak kelapa dara di mana ia penting
bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.
KENAPA KHALL DIPERLUKAN OLEH TUBUH
BADAN?
KHALL dapat memotong lemak, kolestrol,
asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan ( menstabilkan asid di dalam
badan ), garam yang berlebihan yang membawa pelbagai penyakit
berbahaya. Ia juga kaya dengan kandungan potassium bagi membantu
mengekalkan keremajaan dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, E, B1,
B6, beta-karotena dan vitamin P ( bioflavonoid ).
PENJAGAAN BADAN SECARA SEMULAJADI
KHALL dapat membantu serta mengawal
dan mengimbangkan berat badan ( obesiti ). Di samping itu, ia dapat
mempercepatkan proses awet muda, badan yang cantik, keremajaan kulit di
muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut. Ia juga
membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang kelihatan
terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit
muka.
Selain itu, KHALL juga dapat membantu
membuangkan kolestrol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem
usus di perut, lemak di saluran jantung dan buah pinggang, membaiki
fungsi buah pinggang dan lemak yang berlebihan yang boleh membawa
pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.
KHALL DAN
MADU
Produk
KHALL keluaran MB Global Marketing turut dicampur dengan madu. Ianya
dapat mempercepatkan tindakbalas kesihatan badan serta penyembuhan
pelbagai penyakit. Madu lebah juga adalah merupakan penawar yang
diturunkan oleh wahyu.
|
Ia merupakan bahan yang menyerupai
susu yang dikeluarkan oleh lebah-lebah pekerja mudanya melalui mulutnya
setelah memakan debunga dan manisan bunga di dalam sarangnya. Warnanya
kekuning-kuningan atau pun keputihan-keputihan, berasa agak masam dan
sangat kaya dengan zat-zat makanan. Madu juga mempunyai kelebihan dan
fungsi-fungsinya yang tersendiri di mana ia juga dapat mengelakkan dari
sebarang penyakit bagi pengamal madu. FIRMAN ALLAH SWT yang bermaksud:
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (
macam ) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (
bagimu ).Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam
warnanya, di dalam terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
(Al-Nahl:69)
Tidak menghairankan bahawa dengan
memakan madu secara tetap:
- Bayi atau kanak-kanak dapat membesar menjadi manusia yang kuat dan sihat.
- Orang-orang dewasa kelihatan muda dan kuat.
- Orang-orang tua hidup gembira dan lebih lama.
MADU BUKAN SEJENIS UBAT
Madu ialah sejenis khasiat makanan
semulajadi yang baik bagi kesihatan. Ia bukanlah sejenis ubat maka ia
tidak mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini seperti yang
biasanya terdapat pada ubat. Madu merupakan:
- Penggalak makanan.
- Pembantu menentukan penghadaman yang sempurna.
- Bahan anti-lemah semangat.
- Peransang terbitan hormon.
- Pembantu memulihkan fungsi alat kelamin.
- Pembantu menyeimbangkan tekanan darah.
- Pembantu mempercepatkan metabolisme.
- Sejenis antibiotik.
- Membantu mencegah penyakit dan jangkitan.
- Baik untuk kesihatan kulit.
- Sejenis agen yang memperlambatkan proses penuaan.
KEBAIKAN MADU
- Dapat mengurangkan paras kolestrol ( lemak ).
- Dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Mengurangkan kemungkinan serangan penyakit jantung.
- Mengurangkan masalah putus haid ( menopaus ).
- Boleh mengurangkan sakit-sakit masa datang haid.
- Membantu mengurangkan penyakit lelah.
- Boleh membantu lelaki yang hilang tenaga.
|
- membantu memperlahankan proses penuaan dalam badan dan otak.
- mengatasi sumber kanser, radikal bebas dan penyakit.
- Kaya dengan vitamin dan mineral .
- pemusnahan radikal bebas yang menyebabkan penuaan sel.
- penting untuk memperkaya bekalan darah seorang ibu.
- mencegah masalah sembelit yang juga mencegah pembentukan buasir yang sakit.
|
Buah kurma atau dalam bahasa Arab,
tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya
bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang
tinggi seperti kismis dan aprikot kering.
Antaranya kurma kaya dengan
protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi,
kalsium, sodium dan potasium. Kandungan protein di dalam kurma lebih
kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 %
glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara
semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap
badan adalah serta merta. Gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali
sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi
sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan
dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan
sebagai tenaga.
Antara kurma yang terkenal ialah kurma
Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.
Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama
mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan
makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta
tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan
menjadi makanan utama Baginda Rasulullah S.A.W.
Antara hadis lain yang
menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim,
ia berkata : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah
kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah
kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma
kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang
mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik,
buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan
harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas
harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan
kanak-kanak.
KEBAIKAN KURMA
- Mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis..
- Amat penting untuk memberi tenaga dan membaiki bahan buangan.
- Sebagai makanan pencuci perut.
- Berkhasiat tingi dalam rawatan sembelit di mana bahan-bahan yang diperoleh daripadanya meransang pergerakan usus yang perlahan.
- Baik untuk rawatan kelemahan seks.
- Baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.
- Meransang dan memudahkan kehamilan.
- Meningkatkan kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran kanak-kanak.
- Mencegah lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.
|
- Berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadar hormone.
- meningkatkan estrogen dalam badan yang mengaktifkan kolagen dalam kulit.
- menganjalkan kulit yang telah melendut
- menegangkan dan menghaluskan struktur kulit
- mengurangkan garis-garis halus
- mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit
- menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri
- menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak
- melembutkan kulit kasar dan kering
- merawat jerawat dari dalam
- mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan
- mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata
- melambatkan proses penuaan secara berkesan
- menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan)
- mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
- membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah menopos dan osteophorosis
- mengurangkan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi
- mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti katarak, kornea, rabun jauh dan lain-lain
- menghalang mood swing akibat kekurangan estrogen dalam tubuh
|
Habbatus sauda' atau jintan hitam atau
bahasa ilmiahnya Nigella Sativa merupakan sejenis tumbuhan yang banyak
didapati di kawasan Mediteranean dan beriklim gurun. Fungsi habbatus
sauda' adalah untuk kecerdasan minda.
Dalil mengenai kebaikan habbatus
sauda' terlalu banyak diantaranya sabda Rasullullah s.a.w dalam hadis
sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, baginda s.a.w bersabda:
Daripada hadis Abi Salamah (r.d) bahawasanya Rasullullah s.a.w
bersabda:
hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati.
hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati.
Di dalam habbatus sauda' terdapat
beberapa zat salah satu daripadanya ialah saponin di mana ia berfungsi
sebagai sumber antibakteria dan antivirus, meningkatkan sistem kekebalan
tubuh, mengurangkan kadar gula di dalam darah dan mengurangi
penggumpulan darah.
FUNGSI HABBATUS SAUDA'
- Meneutralkan racun dalam tubuh
Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti paru-paru,hati dan otak, dengan adanya Habbatus sauda' ia dapat meneutralkan racun dan membersihkan racun tubuh kerana ia mengandungi saponin. - Mengatasi gangguan tidur dan tekanan
Saponin yang terdapat dalam habbatus sauda' mempunyai fungsi sebagai kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolisme karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot dan saraf. Saponin dapat membantu mereka yang mempunyai gangguan tidur dan tekanan. - Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai antibakteria
Habbatus sauda mempunyai minyak atsiri dan volatil yang telah diketahui kelebihannya untuk memperbaiki saluran pencernaan. Minyak dari habbatus sauda' mampu membunuh strainbacteria V Colera dan E-Coli jika dibandingkan dengan antibiotic Ampicillin dan Tetracillin. - Meningkatkan daya ingatan
Dengan kandungan asam linoleat ( omega 6 ) dan asam linolinat ( omega 3 ), habbatus sauda'merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan minda. Habbatus sauda' juga dapat memperbaiki peredaran darah ke otak dan sangat sesuai diberikan kepada usia pertumbuhan.
|
- melambatkan proses penuaan sel;
- mencegah kencing manis dan lelah;
- Pencegahan barah payudara dan rahim
- membasmi kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj;
- Merawat otot-otot dalam faraj
- Mengawal lendir dan lelehan faraj
- Mengecutkan semula tisu-tisu
- Menegang dan mencantikkan kulit
- memberikan penglihatan yang jelas kerana ia dapat mengecutkan tisu-tisu mata;
- membantu menguatkan gigi dan tulang;
- mengekalkan kebersihan mulut;
- mengekal dan mengawal keseimbangan lembapan kulit;
- membantu merawat penyakit ulser;
- mempunyai serat makanan yang tinggi.
- Vitamin, zat galian serta karbohidrat dan protein boleh membantu memberi kesihatan yang baik.
|
Merupakan sejenis protein yang
bermolekul makro. Kolagen sangat penting untuk memelihara keremajaan dan
keanjalan kulit. Kolagen terdapat dalam kulit, tulang dan gigi.
Isoflavone merupakan bahan utama dalam ekstrak protein soya, struktur molekulnya hampir sama kepada estradiol, iaitu sejenis estrogen yang dirembeskan oleh tubuh manusia. Ia merupakan sejenis phytoestrogen (estrogen tumbuhan) yang memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan tubuh wanita. Fungsi utamanya seperti:
Isoflavone merupakan bahan utama dalam ekstrak protein soya, struktur molekulnya hampir sama kepada estradiol, iaitu sejenis estrogen yang dirembeskan oleh tubuh manusia. Ia merupakan sejenis phytoestrogen (estrogen tumbuhan) yang memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan tubuh wanita. Fungsi utamanya seperti:
- Memperbaiki kerosakan kulit.
- Anti penuaan.
- Memperbaiki masalah gangguan haid.
- Melegakan sindrom menopaus (putus haid).
- Mencegah osteoporosis ( pereputan tulang ).
- Mencegah penyakit kardiovaskular dan servaskular ( otot dan saraf ).
- Mencegah kanser payudara.
- Meningkatkan kualiti kehidupan seks.
FUNGSI-FUNGSI KOLAGEN
- Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan
Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Lebih dari 71% protein dalam sel-sel kulit terdiri dari kolagen, di mana berkait rapat dengan pertumbuhan, pemulihan dan nutrisi kulit. Sebagai tambahan, kolagen mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan. - Memulihkan masalah kulit
Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka,maka ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan ke kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan masalah kulit seperti parut, pengecutan epithelium, kedutan dan garis-garis halus. - Mencantikkan dan menyuburkan rambut
Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis serta rambut dan kuku. Kekurangan kolagen dapat menyebabkan rambut kelihatan kering dan bercabang, kuku ,menjadi kusam dan mudah pecah. - Menegangkan payudara
Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak, yang merupakan peranan sebagai penyokong bagi pembentukkan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara agar cantik dan menawan. - Melangsingkan badan ketika tidur
Pembakaran lemak adalah proses yang diperlukan untuk melangsingkan badan. Kolagen hidrolisis dapat meningkatkan proses pembakaran lemak, tetapi harus dijalankan dalam keadaan tidur. Dengan mengambil kolagen hidrolisis, anda dapat melangsingkan badan semasa tidur. - Menguatkan tulang
Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca dari kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis. - Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmen
Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi. - Melambatkan proses penuaan
kulit
Kolagen penting untuk memelihara kecantikan dan keceriaan kulit. Gejala-gejala penuaan secara wajar semakin ketara apabila usia meningkat kerana kandungan kolagen dalam kulit semakin berkurang dan kulit yang mengalami kekurangan air akan mengakibatkan kulit kering dan kusam.
|
Kismis atau dipanggil zabib dalam bahasa Arab, Raullullah s.a.w bersabda: Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.
Kismis adalah satu gula-gula asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia dan berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahhidratan sama ada mengguna matahari atau ketuhar. Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Zat besi adalah penting untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik yang kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Kismis mengandungi 70% fruktosa (suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.
FUNGSI KISMIS
- Menyihatkan badan.
- Mencantikkan rupa.
- Menguatkan saraf.
- Menghilangkan letih.
- Dapat menguatkan jantung.
- Menghilangkan penyakit.
- Menghilangkan panas.
- Memulihkan kesihatan jiwa.
- Melindungi tubuh daripada jangkitan kuman.
- Untuk anak-anak menguatkan daya ingatan, malas belajar, degil dan meningkatkan kecerdasan.
- Sangat baik untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang hamil
|
Pegaga atau nama saintifiknya centella
asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.
Ia mudah tumbuh di kawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran
baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Tumbuhan menjalar yang tumbuh
pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk
menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi.
KHASIAT PEGAGA
- Dapat mengembalikan kesihatan diri.
- Membantu mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan.
- Menambahkan kekuatan fizikal dan mental.
- Mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Mencegah nyanyuk.
- Melambatkan proses penuaan.
- Menyegarkan badan.
- Merawat pitam.
- Mengurangkan berat badan.
- Awet muda.
- Rawatan lepas bersalin
|
Daun sireh atau Piper Betle
mengandungi pati minyak yang bahan utamanya ialah cuginol dan kavikol.
Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15
kaki) yang boleh membiak melaui keratan batang dan anak yang akan tumbuh
dari batangnya yang akan merayap ditanah. Sirih juga boleh diminum
airnya.
KHASIAT DAUN SIREH
- Membantu menengangkan otot tisu dalaman vagina.
- Membunuh bakteria,kuman atau kulat.
- Mengatasi masalah penyakit malaria,sakit sendi,gout dan di percayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.
- Mengurangkan kesan penyakit ulser,demam, batuk, kembung perut, bengkak,luka, bisul,angin pasang, hidung berdarah dan resdung.
- Terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari (kadinen,karvakol) ini digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti keputihan, nafas berbau, badan berbau,batuk,radang selaput lendir mata,jantung berdebar-debar, kemurungan,demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan.
|
Manggis atau nama saintifiknya
Garcinia Mangostana adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai
berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari
7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh
dimakan. Terdapat satu bahan di dalam buah manggis yang dikenali sebagai
xantona iaitu suatu bahan yang aktif yang dapat membantu pelbagai
masalah penyakit.
KHASIAT MANGGIS
- Dapat membantu masalah alergi, resdung, dan lelah.
- Membantu masalah penyakit kulit seperti eczema ( peradangan kulit tangan ), gatal-gatal, psoriasis ( proses penggantian kulit yang terlalu cepat ), seborrhoea ( peradangan kulit bahagian atas ) dan jangkitan kulat.
- Mengubati luka-luka yang biasa pada mulut,
melecur dan selepas pembedahan.
Membantu masalah penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolestrol, keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik dan saluran usus yang bengkak.
|
Merupakan sejenis tumbuhan yang
mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Rozel sangat berkhasiat untuk
segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan
sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang
tubuh manusia.
KHASIAT ROZEL
- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambatkan proses penuaan.
- Mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas ( Rozel kaya dengan anti oksidan ).
- Baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan berfungsi sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.
- Membantu meningkatkan daya tahan tubuh.
- Mengatasi hipertensi ( tekanan darah tinggi ).
- Membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C.
- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembetukan batu ginjal.
- Mengandungi flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotic pembunuh bakteria penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.
- Melancarkan peredaran darah.
- Menurunkan tingkat penggumpulan lemak di hati.
- Mengubati pening kepala dan migraine.
- Menghilangkan penyakit sakit-sakit badan.
- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
|
Minyak kelapa dara adalah minyak yang
dihasilkan dari buah kelapa 'organik' yang segar (bukan dari kopra)
dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia,
suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga
menggunakan sebarang bahan pencair (solvent) untuk mendapatkan hasil
yang tinggi. Ia mengandungi lauric acid yang tinggi sekitar 50-57%,dan
capric acid sekitar 6-7%. Tidak mengandungi transfatty acid kerana ia
tidak melalui proses penghidrogenan.
KEUPAYAAN PENYEMBUHAN DENGAN MINYAK
KELAPA DARA
|
|
No comments:
Post a Comment